Cinta Setajam samurai web

Cinta Setajam Samurai Seindah Sakura

Ketika cinta dipertemukan saat kita jauh di negeri orang. Kerinduan menjadi bahan obrolan yang penuh dengan kesan dan bayangan. Namun, yang lebih mengejutkan, saat semua hubungan terkait satu sama yang lain. Seperti sebuah jaring laba-laba.

***

Buku kumpulan novel “Cinta Setajam Samurai Seindah Sakura” adalah perjalanan cinta Rayyan yang sedang menjalani kerja di Negeri Sakura. Perjalanan yang sangat tidak disangka-sangka namun penuh dengan lika-liku dan kejutan yang sangat mengasikkan. Terlebih, pemaparan tentang suasana dan gaya hidup masyarakat Jepang terasa sangat lekat.

Di balut dengan nuansa Islami yang kental, “Cinta Setajam Samurai Seindah Sakura” memberikan warna tersendiri dalam masyarakat Jepang. Sorotan tentang kehidupan para tenaga imigran Indonesia yang di Jepang memang menjadi latar yang tidak ada habisnya untuk menjadi bahan cerita. Terlebih, dengan akhir perjalanan cinta yang sangat mengejutkan.

cinta IG

Cinta IG (Kumpulan cerpen Nazariah Nasir)

Cinta tidak kenal usia. Cinta tidak kenal darjat dan pangkat. Cinta tidak kenal bangsa dan agama. Itulah hakikatnya…cinta IG cinta di alam maya. Inilah kisahku yang bercinta di lelaman media sosial IG yang sekarang begitu leluasa di zaman yang canggih ini.
Apabila dipos untuk menaikmuatkan gambar ada yang like banyak ada yang tidak suka. Yang like gambar aku, betapa aku berasa gembiranya ada orang yang suka. Hatiku girang bak bunga yang mekar di taman. Ramai yang hendak mengenali diriku tetapi mereka tidak tahu siapa sebenarnya diriku.

***

Buku kumpulan cerpen Cinta IG ini mengandungi dua belas buah cerpen yang mengangkat pelbagai tema dalam masyarakat disekeliling. Dengan plot yang menarik, buku kumpulan cerpen Cinta IG ini sarat dengan pergolakkan masalah yang dihadapi mereka. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dalam setiap watak yang diketengahkan. Watak berkembang dengan menarik walaupun terpaksa mengharungi pelbagai onak dan duri.

Setiap masalah itu ada penyelesaiannya yang tersendiri. Terdapat juga nasihat yang boleh dijadikan pedoman buat semua pembaca. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam mengharungi segala cabaran di dunia ini.