cinta IG

Cinta IG (Kumpulan cerpen Nazariah Nasir)

Cinta tidak kenal usia. Cinta tidak kenal darjat dan pangkat. Cinta tidak kenal bangsa dan agama. Itulah hakikatnya…cinta IG cinta di alam maya. Inilah kisahku yang bercinta di lelaman media sosial IG yang sekarang begitu leluasa di zaman yang canggih ini.
Apabila dipos untuk menaikmuatkan gambar ada yang like banyak ada yang tidak suka. Yang like gambar aku, betapa aku berasa gembiranya ada orang yang suka. Hatiku girang bak bunga yang mekar di taman. Ramai yang hendak mengenali diriku tetapi mereka tidak tahu siapa sebenarnya diriku.

***

Buku kumpulan cerpen Cinta IG ini mengandungi dua belas buah cerpen yang mengangkat pelbagai tema dalam masyarakat disekeliling. Dengan plot yang menarik, buku kumpulan cerpen Cinta IG ini sarat dengan pergolakkan masalah yang dihadapi mereka. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dalam setiap watak yang diketengahkan. Watak berkembang dengan menarik walaupun terpaksa mengharungi pelbagai onak dan duri.

Setiap masalah itu ada penyelesaiannya yang tersendiri. Terdapat juga nasihat yang boleh dijadikan pedoman buat semua pembaca. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam mengharungi segala cabaran di dunia ini.

pelangi kasih

PELANGI KASIH

Setelah terbitnya buku-buku puisi Alegori Rindu, Cinta Mawar Biru, Warna-warni Kemerdekaan, Gerimis Mengundang Lagi, Hikmah-Nya COVID-19, kini sebuah lagi kumpulan puisi Pelangi Kasihku dapat diterbitkan.


Puisi-puisi di dalam buku ini banyak menyentuh tentang kisah kasih sayang dari pelbagai aspek yang luas. Harapan saya semoga buku puisi Pelangi Kasihku dapat mengajak naluri pembaca untuk menikmati betapa syahdunya kisah kasih sayang itu terhadap manusia, alam, haiwan dan pastinya kepada Sang Khalik pencipta kita.

By: Nazariah Nasir