cinta IG

Cinta IG (Kumpulan cerpen Nazariah Nasir)

Cinta tidak kenal usia. Cinta tidak kenal darjat dan pangkat. Cinta tidak kenal bangsa dan agama. Itulah hakikatnya…cinta IG cinta di alam maya. Inilah kisahku yang bercinta di lelaman media sosial IG yang sekarang begitu leluasa di zaman yang canggih ini.
Apabila dipos untuk menaikmuatkan gambar ada yang like banyak ada yang tidak suka. Yang like gambar aku, betapa aku berasa gembiranya ada orang yang suka. Hatiku girang bak bunga yang mekar di taman. Ramai yang hendak mengenali diriku tetapi mereka tidak tahu siapa sebenarnya diriku.

***

Buku kumpulan cerpen Cinta IG ini mengandungi dua belas buah cerpen yang mengangkat pelbagai tema dalam masyarakat disekeliling. Dengan plot yang menarik, buku kumpulan cerpen Cinta IG ini sarat dengan pergolakkan masalah yang dihadapi mereka. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dalam setiap watak yang diketengahkan. Watak berkembang dengan menarik walaupun terpaksa mengharungi pelbagai onak dan duri.

Setiap masalah itu ada penyelesaiannya yang tersendiri. Terdapat juga nasihat yang boleh dijadikan pedoman buat semua pembaca. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam mengharungi segala cabaran di dunia ini.

jalan eshma

JALAN ESHMA

Judul: Jalan Eshma
Penulis: Khodijah Yahya
Editor: Handoko F Zainsam
Halaman: 104
Cetakan dan tahun terbit: Cetakan 1/2023
Penerbit: Mata Aksara Publishing

Sinopsis:

Setiap orang, memang bebas menilai sosok lainnya, tentu penilaian yang telah disepakati, dalam artian, masih dalam batasan wajar atau kewajaran yang memang sewajarnya.


“Tapi bagaimana caraku menjelaskan, bahwa Hasby tak seperti yang mereka catat dan pikir. Bahkan beliau telah mengeluarkan seseorang dari ruang tersembunyi, dimana yang lain tak ada yang tahu dan tak mampu memberikan bantuan itu,” batin Eshma.


Nama Hasby telah diubah menjadi mufasa, nama untuk seekor singa, yang sebenarnya bagi Eshma, singa itu merupakan peliharaan. Hasby telah memberikan cinta atas nama cinta pula, bukan kepalsuan dan soal pengakuannya. Eshma berkata pada yang mengaku peduli dan mencinta.
“Sungguh, semua itu basa-basi semata.” Mendengar itu, Hasby memeluk istrinya, kemudian mengusap lembut bahu Eshma.


Kisah soal perjalanan jiwa, bahwa cinta bukanlah pengakuan dari lisan sang pengaku, namun cinta adalah bukti nyata, tindakan memberikan penjagaan, soal pelayanan, soal perawatan, serta pemberian rasa aman dan ketenangan bagi yang dicintainya, juga mampu menghidupkan kembali hasrat kekasih yang telah mati.